THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, March 27, 2009

Sahabat Itu Anugerah Allah

Hari ini (Jumaat, 27 Mac 2009)merupakan hari yang penuh ujian buat saya...Bila diri tidak diletakkan pada arus yang betul (arus alpha) pelbagai kesilapan boleh berlaku. Mungkin juga semua ini kifarah dari Allah...namun bersyukur pada-Nya, dalam keras mehnah-Nya, dikurniakan juga belai rahmat-Nya dengan kehadiran seorang sahabat yang sangat memahami situasi saya tika ini..

Itulah dia Hidayah(Dayah), teman serumah saya yang sama-sama menghuni Rumah Balqis...

Bermulanya cerita apabila hujan turun dengan lebat ketika saya perlu keluar rumah untuk menghantar tugasan Fiqh Al-Mu'amalat yang belum siap sepenuhnya. Sebelum hujan turun, Dayah telah menawarkan diri untuk menghantar saya ke Akademi Pengajian Islam dengan menaiki motosikal. Hari semakin gelap tapi tugasan saya masih lagi belum siap. Dayah yang telah selesai bersiap menawarkan dirinya sekali lagi untuk menaip tugasan saya sementara saya pula mula bersiap. Terasa ragu-ragu juga untuk saya mengatakan 'ya' pada mulanya. Hati saya berkata, "Eh, boleh ke Dayah ni baca tulisan Arab? Dia kan ambik engineering?" Tapi akhirnya saya bersetuju juga dan buku pun bertukar tangan. Sambil-sambil bersiap, saya menjeling-jeling Dayah yang sedang menaip...

Selesai bersiap, saya mengambil alih tempat Dayah untuk menaip. Jam menunjukkan pukul 4:30 petang dan saya perlu menyerahkan tugasan tersebut di bilik pensyarah sebelum berakhirnya masa pejabat!

Sekali lagi Dayah menawarkan pertolongan, "Biar Dayah baca, pastu akak taip. Cepat sikit." Katanya. Sekali lagi saya dilanda ragu-ragu, "Eh, boleh ke Dayah ni nak baca tulisan Arab? Kang nanti saya plak yang tak faham apa dia sebut. Macam mana nak taip?" Tetapi saya tetap mengatakan 'ya' kepada Dayah kerana keadaan saya memang sangat kritikal ketika itu.

Sambil Dayah membaca, saya menaip...Ingin hati saya menungkapkan kepada Dayah, 'Tak sangka bakal jurutera mahir juga berbahasa Arab!' Tapi suara itu hanya terpendam dalam hati saya kerana tidak mahu melengahkan masa walau sesaat, masa semakin suntuk.

Akhirnya lebih kurang pukul 4:40 petang, tugasan Fiqh Al-Mu'amalat berjaya disiapkan oleh seorang bakal guru dan seorang bakal jurutera. Subhanallah! Hujan semakin lebat, kilat dan guruh berselang-seli seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada warga kota untuk melangkah keluar rumah. 'Duummm!!!' Tiba-tiba berdentum bunyi guruh menyebabkan bekalan elektrik di rumah kami terputus. Hati saya bersyukur kerana bekalan elektrik terputus setelah tugasan saya disiapkan, dengan bantuan Dayah. Dalam keadaan gelap dan kelam-kabut, kami berusaha mem'binding' tugasan tersebut menjadikannya satu buku. Setelah selesai....,"Alamak, terbalik pulak. Kalau tugasan Bahasa Arab, kena binding sebelah kanan, tak macam tugasan yang guna tulisan rumi." Saya memberitahu dayah. Kami pun berusaha membuka balik selotep dan dawai kokot dalam keadaan nampak tak nampak. Setelah selesai tugas tersebut, kami mula mem'binding' balik. "Alamak, dawai kokot habis pulak. Macam mana nak cari dalam gelap ni?" Tak dapat digambarkan perasaan saya ketika itu, sangat-sangat genting. Akhirnya saya memujuk diri, "Tak apalah, kita guna je apa yang ada."

Keadaan di luar masih lagi menggerunkan. Suasana ribut seperti ini memang tidak selamat untuk bermotosikal, lantas saya mengambil keputusan untuk menuju ke Akademi Pengajian Islam dengan menaiki teksi. Demi satu amanah, saya cekalkan hati untuk menghadapi cuaca buruk di luar. Dayah juga menuruti langkah saya. "Dayah nak pergi mana?" Soal saya. "Temankan akak lah" Jawabnya selamba. "Tak pe je pergi sorang, lagipun naik teksi." Saya menolak pelawaan Dayah. "Kesian plak akak kena pergi sorang-sorang. Dah la hujan lebat ni." Dayah membalas. Kata-kata Dayah membuatkan saya betul-batul terharu, dia menawarkan pelbagai pertolongan sedangkan tugasan saya ini tiada kaitan langsung dengan dirinya. Semoga Allah membalasnya dengan kejayaan Dayah di dunia dan di akhirat. Amin...

Cerita tidak terhenti setakat itu...Sampai di tepi jalan, satu bayang teksi pun tak nampak. Kebetulan jalan tempat kami menunggu teksi itu dipenuhi lopak air, beberapa kali terpaksa berundur ke belakang untuk mengelak simbahan air daripada kereta yang lalu di situ...Saya melihat Dayah, kesian Dayah terpaksa bersusah-susah kerana saya...

Tidak berapa lama selepas itu, bas awam (RapidKL T632) yang melalui Universiti Malaya tiba. Untuk menjimatkan masa, kami menaiki bas tersebut dan mengambil teksi di Stesen Universiti untuk ke Akademi Pengajian Islam. Hujan masih lagi mencurah-curah, kami sempat melihat kemalangan di kawasan Vista Angkasa. Kemalangan tersebut mungkin kerana hujan yang terlalu lebat dan jalan raya menjadi licin menyebabkan kereta hilang kawalan.

Sampai di Stesen Universiti, jalan raya telah menjadi kuning! Banjir kilat beserta lumpur. Kami terpaksa melompat keluar dari perut bas untuk memijak kawasan yang lebih tinggi dan menuju ke tempat perhentian teksi. Terpaksa juga meredah banjir yang sangat deras. Sampai di tempat perhentian teksi, satu teksi pun tidak ada, sesuatu yang luar biasa! Hati saya mula beristighfar, teringat-ingat perbuatan saya yang mengundang dosa. Mungkin ini kifarah dari Allah.

Selepas dapat menahan sebuah teksi, hati saya berasa lega. Tidak putus-putus saya memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan saya. Rupa-rupanya itu bukan yang terbaik untuk saya. Sampai sahaja di pintu masuk Universiti Malaya, pengawal bertugas meminta kami berpatah balik kerana jalan di situ tidak dapat dilalui, air telah naik dengan tingginya.

Akhirnya dengan pasrah, saya meminta kepada pemandu teksi tersebut untuk menghantar kami balik ke rumah. Dalam perasaan dan fikiran yang bercelaru, saya memuhasabah diri saya...saya menuntut ilmu kerana apa? kerana nak segulung ijazah? kerana nak pointer tinggi? kerana nak dapat kerja yang bergaji besar? Kalau begitulah tujuan saya menuntut ilmu, alangkah ruginya saya...bertahun-tahun saya mengejar dunia, sedangkan dunia ini saya akan tinggalkan bila saya mati.

Sesungguhnya, saya, Dayah, dan semua sahabat-sahabat telah faham, kita menuntut ilmu kerana Allah. Cuma kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita tak menunjukkan apa yang di ucap. Macam apa yang telah berlaku kepada saya, tanpa ujian Allah ini, mungkin selamanya saya akan lalai dengan niat saya menuntut ilmu hanyalah kerana Allah. Monolog kepada diri semakin panjang, hati semakin sedar...doa Ustaz Ilyas, Pondok Pasir Tumboh, saya ungkap berulang-ulang, "Ya Allah, sekiranya kejayaanku dalam pelajaran akan mendekatkan aku kepada-Mu dan perjuangan Islam, maka kurniakanlah aku kejayaan. Dan Ya Allah, sekiranya kejayaanku dalam pelajaran semakin menjauhkan aku daripada-Mu dan perjuangan Islam, maka kurniakanlah aku sebaliknya kerana hidupku tiada erti tanpa-Mu dan tanpa perjuangan menegakkan agama-Mu."


Isma, Farah dan Dayah di hadapan Rumah Balqis

Kepada Dayah, terima kasih tidak terhingga. Tak sangka ye bakal jurutera mahir juga berbahasa Arab, kalah kami. Ilmu kejuruteraan satu pun kami tak tahu=)

Sahabat itu anugerah Allah, terasa benar belai rahmat-Mu Ya Allah dalam mehnah yang mencabar ini. Alhamdulillah.

10 comments:

cik im said...

Sgt menarik cerita ringkas ni..walaupn ringks tp penuh dgn mesej tersurat dn tersirat..sahabt, niat, ilmu, sabar, takdir dan doa..tahniah maliana..

Jihad said...

Syukran imran. Sama-sama kita ambil iktibar. Setiap orang melihat hidup dengan pandangan yang berbeza. Semua itu adalah ilmu yang perlu dikongsi bersama. Tak kurang juga yang melihat hidup dengan pandangan kosong, tidak berusaha mencari hikmah dari setiap kejadian. Rugilah golongan seperti itu. Moga kita tergolong dalam golongan yang melihat hidup dengan mata hati, pandangannya terus ke akhirat. insya Allah.

~hikari~ said...

ukhwah itu indah andai disulam dgn
taqwa dan iman...


p/s:baru je revise blk b.arab tu..coz amik subjek b.arab 4 this sem...terer la sket kot dr k.yan..hehe..=p

intaneqashut said...

hmmmm......kak yan, penulisan kmu boleh thn...hehe....update2....int mO lebih kenl sape itu kak yan...

hmm,,,,dayah~
beruntung kak yan d kurniakan sahabat seprti dia....hmmm, really appreciate sgla hbungan perssahabatan...

dunia ni indah jika kite menghargai nya,...

mmm.....
DUNIA+AKHIRAT=BALANCE!

~maaf, berterabur ayat int~
hehe...

ShiLa said...

yg xprnah brkira dgn kita..yg xprnah brsungut dgn kt..yg selalu ade bile kt senang o susah..itulah shbat nmnye..hehe..chaiyok2..lgpun dak2 kat umah Balqis ni willing je nak saling tlg menolong kn k.yan..hehe

Jihad said...

To Hikari atau Dayah, tu bukan terer sikit, boleh baca buku Fiqh Al-Mu'amalat kira terer sangat dah tu. Yang Dayah belajar sekarang Bahasa Arab Komunikasi, subjek yang kita buat hari tu guna Bahasa Arab Tinggi. Sebab tu Dayah masuk universiti kot, cikgu bagi satu dia dapat sepuluh=)

Jihad said...

To int (teman seperjuangan dalam silat cekak ustaz hanafi)...

Terima kasih banyak2. Int pun mengikuti blog kak yan ni jugak ye? TQ so much. Kak yan pun suka jugak baca blog Int terutama cerpen2 tu=)

Kak yan bersyukur dengan kehadiran semua sahabat2 dalam hidup Kak Yan, macam Int, macam Dayah dan lain-lain. Setiap orang ada keistemewaan tersendiri. Keistimewaan itulah yang menjadikan hidup kita lebih sempurna, tanda rahmat dari Allah, Pencipta segala keistimewaan tersebut. Alhamdulillah.

Int nak kenal ye sape itu Kak Yan?=) Kita sama je insan biasa yang mengejar impian masing-masing. Ada orang impiannya setakat di dunia. Beruntung bagi orang yang impiannya menjangkau ke akhirat. Dunia di jari, akhirat di hati.

Jihad said...

To Shila, betul betul betul=)....(baca dengan nada Upin dan Ipin)...Kak Yan quot ayat Shila, 'Yang tak pernah berkira dengan kita, yang tak pernah bersungut dengan kita, yang selalu ada bila kita senang atau susah, itulah sahabat namanya...'

Alhamdulillah puteri-puteri Rumah Balqis semua ada sikap macam tu, sampaikan keluarga dan makcik-makcik Kak Yan jadi pelik macam mana kita boleh duduk seramai 13orang dalam satu rumah dan kita tak pernah bergaduh.

Sesekali terasa tu memang ada, sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi selagi iman dijaga, selama itulah bahagia akan terasa, menganggap semuanya dari Allah...Itulah kita, mendidik diri, menggilap iman, mengasah tarbiah, menyubur ukhwah, semusim perkampungan di Rumah Balqis=)

ShiLa said...

Hidup Balqis!!!..

ShiLa said...
This comment has been removed by a blog administrator.