THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, February 27, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PASTI KAWASAN PETRA JAYA

“Sallallahu ‘ala Muhammad, Sallallahu ‘alaihi wasallam

Sallallahu ‘ala Muhammad, Sallallahu ‘alaihi wasallam”

Ya Rasulallah, Ya Habiballah…kami rindu padamu..

Begitulah antara bait-bait selawat dan kalimah yang terdengar semasa Sambutan Maulidur Rasul PASTI Kawasan Petra Jaya yang telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Februari 2010 di Dewan Sanjungan Bestari, Matang Jaya.

Gembira, teruja..tidak dapat di ungkap rasa hati bila melihat kanak-kanak cilik ini berarak membawa sepanduk sambil berselawat di iringi oleh guru masing-masing. Seawal usia tiga tahun mereka dilatih untuk mengingati Nabi s.a.w, merasai panas terik dan berjalan jauh, manifestasi hijrah Nabi s.a.w demi kemenangan Islam. Sudah tentu kecintaan kepada Nabi s.a.w tidak cukup hanya dengan menyambut Maulidur Rasul, tetapi sunnah baginda yang patut kita hidupkan dalam kehidupan.

Buat santapan mata pengunjung-pengunjung budiman, berikut adalah gambar-gambar sepanjang program. Biarpun julung-julung kali diadakan, kemeriahannya sangat dirasa.


Kontinjen dari setiap PASTI bersedia sebelum perarakan.






Mujahid-mujahidah kecil berarak penuh semangat di iringi guru masing-masing




Bergambar kenangan bersama sepanduk masing-masing






Aksi Juara Pertandingan Bercerita Kisah Nabi s.a.w dari Pasti Nur Iman



Aksi Juara Pertandingan Hafazan dari Pasti Nur Iman




Kasih guru - Peserta pertandingan hafazan dari Pasti Darul Ilmi

Peserta-peserta pertandingan mewarna dari Pasti Nur Iman. 'Guru-guru gigih memberi sokongan moral kepada anak-anak didik tercinta.'

Peserta pertandingan mewarna dari Pasti Insani

Majlis penyampaian hadiah. 'Kecil-kecil cili padi, mujahid kecil sedia untuk berbakti.'


Friday, February 26, 2010

Cintailah Dia Jadilah Seperti Dia (Mengenang Anak-anak PASTI Insani 2009)









Puteraku,
Siapakah dia
Seorang lelaki yang berwajah tenang
Pembela utama Muhammad Rasulullah
Manusia yang selalu berkata benar pada Nabi
Tanpa bimbang dan ragu
"Engkau benar, engkau benar"
Timbangan imannya
Melebihi timbangan umat manusia
Dari zaman Adam hingga akhir zaman
Dialah Abu Bakar As-Siddiq
Cintailah dia jadilah seperti dia

Puteraku,
Seorang lelaki yang keras dan tegas
Keras dengan musuh Islam
Tegas dengan syariat
Besar kekuatannya
Lurus tujuannya
Beraninya hingga syaitan takut kepadanya
Dialah Umar bin Al-Khattab
Cintailah dia jadilah seperti dia

Puteraku,
Seorang hartawan
Tetapi dermawan
Dunia di tangan bukan di hati
Semuanya dikorbankan untuk Allah, rasul dan perjuangan
Lemah lembut, bertolak ansur
Pemalunya hingga malaikat malu kepadanya
Dialah Uthman bin 'Affan
Cintailah dia jadilah seperti dia

Puteraku,
Kehidupannya penuh kebesaran,
keagungan dan kehebatan
Tetapi bergelombang,
Penuh kesedihan, kepayahan dan kelaparan
Kemiskinan bukan penghalang
Untuk memberi makan
Janda-janda dan anak yatim
Ayah dari kedua cucu Rasulullah
Dialah Ali Bin Abi Talib
Cintailah dia jadilah seperti dia

Serapi '07

"Kami harapan ummah, di PASTI kami di asuh
Pasti PASTI berjaya, pasti PASTI 'kan cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam"

Sumbangan pembaca-pembaca budiman amat di alu-alukan demi meneruskan pendidikan rabbani anak-anak ummah ini. Sumbangan anda boleh di salurkan ke akaun (Sila lihat gambar di bawah) :


Moga sumbangan kalian menjadi saham di akhirat nanti. Fastabiqul khairat!!