THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Sunday, March 22, 2009

Be Cool!

Sehari sebelum tarikh untuk menghantar kertas kerja Fiqh Al-Muamalat, baru saya tahu saya telah tersilap tajuk! Satu kumpulan kami tersilap tajuk. Allah...memang ujian...

Tajuk kertas kerja yang sepatutnya ialah 'Al-ahliyyah wa 'awaaridhuha fi al-fiqh al-Islami'. Alhamdulillah, tajuk yang lebih mudah dan lebih banyak rujukan daripada tajuk 'Asy-Syuf'ah'. Tapi, tetap juga memerlukan banyak masa untuk menyiapkannya. Be cool n be optimis!

Teringat kata-kata cikgu saya masa di bangku sekolah dulu, "Kamu nak jadi apa pun kat dunia ni, kamu boleh capai. Tiada yang mustahil di dunia ni. Cuma satu, kamu tak boleh jadi nabi dan rasul. Dengan syarat kamu kena berusaha dan berTAQWA."

Bila sebut tentang taqwa, teringat kata-kata seorang ustaz dari Sarawak baru-baru ini, "SeDAJAL-DAJAL pejuang Islam, dia akan buat qiam seminggu sekali."

Inspirasi (RAST)

Perjalananmu masih jauh
Sayup beribu batu
Dari mula kau impikan
Gapai cita nan satu
Manapun arah yang di tuju
Bermula dari satu
Aturkan langkah usah ragu
Semoga diberkati

Bersedia seawal waktu
Usah kau bertangguh
Tumpuan dan kesungguhan
Impian kan nyata akhirnya
Dugaan mengajar kita
Erti ketabahan
Cabaran mengukuh jiwa
Singkir keraguan di minda

Usaha tangga kejayaan
Usah kau lupakan
Hingga mencapai puncak jaya
Dan titis pengorbanan dalam perjuangan
Jadikannya satu inspirasi

Walaupun tinggal sehari untuk menyiapkan kertas kerja, insya Allah tiada yang mustahil di dunia ini. Allahumma baarik lana fi awqaatina...amin...

5 comments:

~hikari~ said...

chaiyok k.yan!!! mission possible..huhu..btw..kejayaan yg hakiki adalah pembebasan diri dari api neraka..huhu...are we ready?..ask ourself...

Hai org2 yg beriman, bertakwalah kpd Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan (merenung), apa yg telah diperbuatkan untuk hari esok(akhirat), dan bertakwalah kpd Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan
-Al-Hasyr 18-

cik im said...

Chaiyok kak yan!!..;)

Maliana said...

Syukran kepada sahabat2 yg mendoakan=)

Cattleya CA said...

For the power of dreams..juz moving forward beyond the future..chaiyok2

Maliana said...

TQ Shila...=)