Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?
2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?
3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?
Jawapan:
1- Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru untuk mengawal proses pembelajaran atas talian ialah sentiasa peka dengan perkembangan perisian terkini yang boleh memudahkan cara penyusunan nota yang ingin di 'upload'.
2- Bahan atau sumber yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran secara atas talian ialah nota-nota yang berkaitan sebelum tajuk tersebut di ajar supaya pelajar dapat membaca dan meng'explore' sendiri perisian yang ingin dipelajari. Pautan-pautan yang berkaitan perlu juga dimasukkan untuk pelajar membuat rujukan.
3- Perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran secara atas talian ialah memastikan setiap murid mengambil bahagian dengan menganalisis kekerapan murid memberi maklum balas terhadap topik-topik yang dibincngkan.
The Story of a Jew Who Islamized Millions Of People
12 years ago
0 comments:
Post a Comment