THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, March 21, 2009

Senario Masyarakat Dan Peranan Pendidikan

SENARIO MASYARAKAT MALAYSIA ABAD KE 21

Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing dan berdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian sendiri. Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu mengembeling fikiran, tenaga dan usaha untuk membangun Malaysia menjadi sebuah negara maju.

i. Sains dan Teknologi

Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagai negara
pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkan dan dipasarkan peringkat antarabangsa. Untuk tujuan ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.

ii. Teknologi Maklumat

Keadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru serta maklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat menjadi paling hebat apabila high performance communication digabungkan dengan high performance computing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan hasil kemajuan teknologi seperti digital teknologi. World Wide Webs dan Internet. Kita dapat mencapai, menyimpan, mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan cepat dalam masa yang singkat.

iii. Pasaran dan Industri

Pembangunan negara banyak bergantung kepada keteguhan ekonominya. Bidang perniagaan,
perusahaan dan perdagangan akan berkembangan daripada bentuk pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan memang satu keperluan yang sangat penting bagi mencapai produktiviti negara.

iv. Modenisasi

Proses modenisasi mempunyai koordinasi dan implikasi ke atas idea, pemikiran, sistem nilai, ‘world view’, dan budaya masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia akan menjadi bertambah kompleks dan menghadapi pelbagai masalah sosial. Keganasan, penganiayaan, jenayah intelektual dan jenayah kolar putih, masalah penyelewangan agama dan ketaatsetiaan negara. Negara memerlukan ahli fikir termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama untuk membantu mengatasi masalah soasial dalam negara maju.

PERANAN PENDIDIKAN

Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi eprtumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya.

Peranan Pendidikan Terhadap Individu

i. Membentuk Ciri-Ciri Sosial Individu

Pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk kesedaran :
o kekeluargaan
o komuniti dan masyarakat
o kebangsaan
o kejiranan
o organisasi
o serantau dan antarabangsa

ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu

Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk rakyat yang sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya saing, dan daya juang dari segi aqidah dan ilmu.

iii. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang

Sistem pendidikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk akhlak/etika berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka juga hendaklah boleh menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaan kebangsaan.

iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi

Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik, sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan kemahiran.

Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakat

i. Sumber Kemahiran dan Ketrampilan

Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi untuk sebuah masyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli masyarakat perlu mahir dan berketrampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

ii. Sumber Kebudayaan dan Ilmu

Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu bangsa kepada generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah. Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh institusi keluarga. Dalam abad ini
masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan kebanyakan ibu bapa telah terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup masa untuk memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.

iii. Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas daripada sesuatu kepercayaan dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari jawapan bagi persoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia tersesat dalam memberikan jawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka. Dengan kesesatan itu mereka akan membinasakan diri dan masyarakat mereka. Di sinilah peranan pendidikan menjadi penting bagi memberi petunjuk dan panduan yang benar.

iv. Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan

Pada masa kini dan pada masa akan datang terdapat pelbagai jenis pekerjaan. Lebih maju sesuatu masyarakat maka lebih banyajk jenis pekerjaan yang wujud. Tenaga manusia pelbagai peringkat pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi jawatan pekerjaan yang sesuai. Dengan wujudnya kepelbagaian pelajaran individu akan terdorong untuk (kerap) bertukar pekerjaan.

v. Pusat Penjagaan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak

Dalam dunia perindustrian yang bertambah maju, semakin ramai ibu bapa terpaksa menumpukan banyak masa untuk pekerjaan masing-masing. Tambahan pula terdapat ibu dan bapa terpaksan bekerja. Dengan ini sekolah akan memainkan peranan yang tersirat iaitu sebagai pusat penjagaan kanak-kanak, remaja dan belia. Untuk ini peranan persekolahan mestilah suatu tempat yang selesa, mengembirakan dan dapat memenuhi naluri proses perkembangan kanak-kanak menjadi dewasa.

0 comments: