Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?
Jawapan:
Pertama sekali saya akan datang ke sekolah tersebut sebagai guru baru. Sebagai orang baru, saya tidak mempunyai banyak ruang dan peluang untuk memberi pendedahan kepada para guru di sekolah agar membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT di sekolah. Oleh itu, pembudayaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah bermula daripada diri saya sendiri. Peningkatan dan penurunan prestasi pelajar perlu saya analisis kerana tidak semestinya dengan menggunakan ICT, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sempurna. Kepelbagaian kemampuan murid memerlukan guru mengaplikasi ilmu pedagogi dengan kaedah yang pelbagai. Segala kelemahan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diperbaiki dari semasa ke semasa hingga mencapai tahap yang optimum.
Setelah beberapa lama, saya yakin ada peningkatan dalam prestasi pencapaian pelajar kerana dengan menggunakan ICT, semua gaya pembelajaran dalam dirangkumkan seperti gaya pembelajaran audio, gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran kinestetik dan lain-lain. Secara tidak langsung, peningkatan ini dapat membuka mata guru-guru lain untuk melihat keberkesanan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jika diberikan peluang, saya akan berbincang dengan pengetua sekolah untuk mengadakan satu program berbentuk seminar dan bengkel untuk guru-guru tentang kepentingan pembudayaan ICT di sekolah. Cadangan saya ini akan disokong dengan bukti iaitu peningkatan pencapaian pelajar yang telah saya analisis sebelumnya. Mungkin tidak semua guru yang akan terlibat dalam program ini memandangkan kos untuk mengadakan program seperti ini adalah sangat besar dan memerlukan prasarana yang lengkap. Guru-guru yang terpilih ini nanti akan membentuk satu team pakar ICT untuk membantu guru-guru lain dalam membudayakan dan memaanfaatkan sepenuhnya perkakasan ICT yang ada di sekolah.
The Story of a Jew Who Islamized Millions Of People
12 years ago
0 comments:
Post a Comment