THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, March 25, 2009

Pemikiran Alternatif Tentang Pembelajaran (Part 3)

Berdasarkan Marton, Dall'Alba dan Beaty (1993) dan Wan Zah (1997), pembelajaran yang berkualiti adalah suatu proses pembinaan pandangan dan pemikiran baru hasil daripada pemerhatian dan penelitian seseorang terhadap pelajarannya dan pelbagai fenomena yang berlaku disekitar dunia kehidupannya. Dengan kata lain, pembelajaran membawa perubahan dalam berfikir sehingga dapat melihat reality seperti adanya. Ia membebaskan manusia daripada ikatan pengalaman yang sempit dan terbatas, ia mendorong manusia mencari makna dan memahami. Dalam pencarian itu, pengetahuan baru pula dibina.

Ramsden 1988, m.s.15) memperkukuhkan dakwaan ini dengan mengatakan bahawa pembelajaran di sekolah seharusnya bermaksud:

Learning in school should be a movement towards being able to solve problems, towards recognizing unfamiliar problems, towards recognizing the power and elegance of concept in subject area, and towards being able to apply what one has learned in class to problem outside class. It means a realization that 'academic' learning is useful for interpretating the world we live in. It means having change one's understanding.

Seiring dengan konsep pembelajaran di atas, maka konsep pengajaran yang berkualiti menjurus ke arah bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka mengubah kefahaman dan menjadikan mereka berkebolehan untuk belajar. La melibatkan usaha mencari dan mengenalpasti salah tafsiran pelajar terhadap pelajaran yang diajar, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka (Ramsden, 1993; Trigwell, Prosser & Lyons, 1997). Tegasnya, pelajar dibentuk supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritikal. Mereka bukan sekadar dapat menghujah tetapi juga mencipta sesuatu idea yang baru dan bernas.

Guru pula berfungsi sebagai pemangkin dan pembimbing bagi pelajarnya membuka jendela demi jendela agar alam yang luas ini kelihatan di mata dan di hati mereka dengan sejelas-jelasnya (Wan Zah, 1997).

Lanjutan daripada konsep pembelajaran dan pengajaran di atas, maka aspek pembelajaran dan pengajaran yang penting dipertimbangkan menurut aliran pemikiran alternatif ini (Ramsden, 1988) dalam usaha meningkatkan pembelajaran adalah seperti berikut:

1.Pembelajaran yang perlu dititikberatkan ialah kualiti kefahaman seseorang pelajar bukan kuantiti maklumat yang dapat mereka curahkan. Ini bererti pembelajaran harus difikirkan sebagai kualiti dalam cara seseorang mengkonsepsikan sesuatu. Pembelajaran yang bersifat mendapatkan fakta dan prosedur semata-mata seharusnya tidak diterima sebagai hasil daripada proses pendidikan.

2.Berkaitan dengan perkaratas, proses dan hasil pembelajaran adalah dua perkara yang bersepadu. Pelajar sentiasa belajar sesuatu. Ini bermakna pelajar tidak seharusnya diajar kemahiran belajar yang terpisah daripada bahan pernbelajaran dan konteksnya.

3.Usaha meningkatkan pembelajaran berrnakna mewujudkan hubungan di antara pelajar dengan bahan pembelajaran.

4.Usaha meningkatkan pembelajaran memerlukan pemahaman dari perspektif pelajar.

0 comments: