Minat manusia membincangkan soal pengajaran dan pembelajaran bukanlah suatu perkara yang baru. Jika diusul, perkara ini jelas tampak dalam sejarah nabi dan rasul serta para sahabat. Menurut pandangan Barat, teori pembelajaran bermula dari masa Plato menyatakan pandangannya dalam The Republic (sekitar tahun 403 atau 402 S.M) bahawa manusia dilahirkan dengan sejumlah pengetahuan yang diperolehnya dari alam sebelum kelahiran) Justeru, manusia belajar dari apa yang telah ada dalam dirinya. Ini bererti pembelajaran adalah satu proses untuk memanggil atau mengingat semula apa yang telah dikurniakan dalam jiwa seseorang. Kurniaan ini berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dan ini menjelaskan mengapa seseorang itu boleh belajar lebih banyak dan lebih cepat. Bagi Plato, pengajaran hanyalah satu proses untuk mendorong seseorang itu mengingat kembali.
Teori pembelajaran Plato ini menimbulkan banyak bangkangan kerana meletakkan manusia sebagai objek yang pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran sekadar membuka minda manusia melihat sesuatu yang telah sedia ada dalam dirinya dengan lebih jelas dan tidak lebih daripada itu. Pembelajaran pula dilihat sebagai suatu proses yang mengongkong manusia. Manusia tidak mampu mempelajari suatu yang baru, di luar daripada apa yang ada dalam pengetahuan sedianya.
Persoalan tentang bagaimana manusia mendapat pengetahuan tidak terjawab dengan jelas oleh teori Plato ini. Marton dan Booth (1996, m.s.S) mempersoalkan kewajaran teori ini dengan berkata:
‘Just as you cannot search for knowledge in the world outside, you cannot recollect knowledge from within. That which is already recollected you do not need to recollect; and that which is not recollected you cannot recollect because you do not know what you are trying to recollect. And if you were to come upon it, you would not know that it is what you want to recollect.’
Berdasarkan kenyataan di atas kelihatan manusia ini tidak belajar apa-apa kerana ia sendiri tidak tahu apa yang hendak dipelajari. Ini menunjukkan Plato gagal menghuraikan persoalan yang beliau timbulkan sendiri dan mungkin disebabkan hujahnya tentang bagaimana manusia belajar agak bertentangan dengan fitrah manusia sendiri. Keadaan ini boleh diibaratkan semacam tindakbalas antara mata dengan fikiran. Jika diandaikan mata manusia sebuah kamera video dan minda sebagai komputer dan kedua-duanya disambungkan, kamera akan segera membuat pemerhatian, dan maklurnat terus dirakam dan disimpan ke dalam komputer. Tentunya sukar untuk manusia untuk menutup mara apabila rnelihat sesuatu yang unik dan menarik walaupun perkara itu tidak pernah terfikir sebelumnya. Kecualilah jika minda manusia seperti komputer yang kaku dan boleh diarah untuk tidak merakamkannya.
Dua ribu tahun selepas Plato, muncul satu lagi teori pembelajaran yang dicernakan oleh John Locke (1632-1704), seorang ahli falsafah British. Berbeza daripada Plato, beliau berpendapat manusia dilahirkan seperti sebuah bekas yang kosong. Dengan mengumpulkan sedikit demi sedikit pengalaman barulah boleh manusia menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, dalam tubuh yang kosong ini, Locke mempercayai manusia telah dilengkapkan dengan keupayaan biologi tertentu. Untuk membolehkan keupayaan kita berfungsi, ia perlukan persekitaran yang sesuai,
Locke membayangkan pernbelajaran sebagai berikut:
‘The newborn baby knows nothing, but it immediately starts to have experience of its environment via its sense. It sees shapes and colors, it hears things, it tastes and touches and smells. The resulting simple ideas are retained because the mind has the power of memory. Gradually the child will use his or her powers of combination, abstraction, and SQ on, to build up complex ideas. The child also will experience certain "internal" phenomena, such as concentration, puzzlement, love, and rage, and from this there will be acquired certain other simple ideas that will be added to the rest. But no simple idea can be invented; if the child has not had the necessary experience, the simple idea will be missing, and this in turn will limit what can be produced in the way of complex ideas. A corollary of this is that all complex ideas can be traced back to the combination of a certain number of simple ideas. (Dipetik daripada Phillips dan Soltis, 1985, m.s.14)
Sekilas pandang, teori Locke kelihatan sempurna. Namun jika diteliti, jelas ia juga seperti Plato - pelajar adalah objek yang pasif - mereka hanya sebuah bekas yang kosong yang menanti untuk diisi! Bagi Locke dan mungkin juga Plato, pengalaman adalah sesuatu yang berlaku tanpa kehendak pelajar. Sedangkan, teori pembelajaran moden mentafsirkan pengalaman sebagai sesuatu yang terhasil daripada penglibatan aktif pelajar dengan persekitarannya.
MODEL ATOMISTIK LOCKE JUGA MEMPERLIHATKAN IDEA-IDEA YANG MUDAH ITU DISATUKAN DALAM BENTUK MEKANIKAL. ERTINYA, IDEA-IDEA YANG BERLAKU SECARA SERENTAK DAPAT DIHUBUNGKAN OLEH MINDA. SOALNYA, ADAKAH PEMBELAJARAN BERJAKU SEMUDAH ITU? ADAKAH IDEA-IDEA KOMPLEKS TERHASIL SECARA MEKANIKAL JUGA SEPERTIMANA TERHASILNYA IDEA YANG MUDAH, YANG DATANGNYA HANYA MELALUI PENGALAMAN? MISALNYA, DENGAN MENGENAL HURUF MAKA DENGAN MUDAHNYA PELAJAR DAPAT MEMAHAMI ERTI AYAT DAN PERKATAAN. JIKA INI BERLAKU, KERJA GURU MENJADI AMAT MUDAH. MANAKAN TIDAK, HUBUNGKAN SAHAJA PELAJAR DENGAN SATU KUMPULAN IDEA YANG MUDAH YANG TERTENTU, DAN MEREKA AKAN BELAJAR SEGALA-GALANYA, DUNIA PENDIDIKAN AKAN MENJADI SEBUAH SYURGA!
Dua puluh tiga abad selepas Plato menghasilkan teorinya, dan selepas Darwin menghasilkan teori evolusi pada tahun 1859, manusia dilihat mempunyai hubungan biologi dengan binatang. Oleh yang demikian, adalah wajar mengkaji proses biologi ke atas haiwan bagi mendapatkan sebahagian gambaran tentang tabiat manusia. Penyelidikan ke atas haiwan ini melahirkan aliran BEHAVIORISM. Terdapat dua tradisi dalam aliran ini, iaitu classical conditioning atau stimulus substitution behaviorism, dan operant conditioning atau response reinforcement bebauorism. Kedua-duanya didapati tidak mengambil kira tentang asal usul idea atau konsep sepertimana yang ditekankan oleh Plato dan Locke. Malah persoalan tentang bagaimana manusia mendapat pengetahuan tentang dunianya, bukan merupakan satu persoalan bagi ahli behavioris. Yang dipentingkan ialah bagaimana manusia mempelajari satu tingkahlaku yang baru. Dalam lain perkataan, pembelajaran menurut aliaran ini adalah satu proses mendapatkan dan mengembangkan idea dalam fikiran pelajar.
Bagi saintis ini, fikiran atau minda adalah suatu yang subjektif dan bukan satu entiti yang boleh diperhati, Oleh itu, persoalan yang berkaitan dengan minda perlu dielakkan. Berhubung dengan perkara ini Thomson, Simonson dan Hargave 1992,m.s. 8) menyatakan:
‘Behaviorists consider the mental state of a learner to be merely a predisposition. Because mental states cannot be observed, BEHAVIORISTS DO NOT BELIEVE TEACHING SHOULD BE STRENGTHENING THE MIND..., but should be aimed at producing desirable outcomes in students...to change the students in some obvious and measurable way.
Jika dibuat analogi perlaksanaan aliran ini dalam bilik darjah, para behavioris tidak berminat untuk mengkaji bagaimana pelajar memahami Hukum Newton. Sebaliknya, mereka berminat untuk mengkaji bagaimana pelajar dapat dibentuk untuk membuat sesuatu perkara seperti mendapatkan jawapan yang betul, melaksanakan ujikaji, menulis formula dan lain-lain.
Di akhir dekad kelima abad ke 20, muncul pula Jean Piaget, seorang biologis berbangsa Swiss dengan satu teori yang hingga kini mendapat tempat dalam dunia Perkembangan Psikologi. Piaget percaya bahawa kebolehan manusia berfikir dan belajar adalah bersifat adaptif. Ertinya, fungsi biologi yang ada pada manusia dapat membantu manusia itu mengendalikan persekitarannya. Baginya, pengetahuan tidak wujud "di luar sana", tersedia untuk diambil daripada persekitaran. Pengetahuan itu juga tidak sedia wujud dalam diri manusia sepertimana yang diwar-warkan oleh Plato. PENGETAHUAN BAGI PIAGET DIKONSTRUK ATAU DIBINA OLEH INDIVIDU MANUSIA ITU SENDIRI MELALUI INTERAKSINYA DENGAN PERSEKITARAN. Dengan itu, proses pembelajaran atau berfikir dapat dihuraikan dalam struktur mental atau kognitif.
Bermula dari peringkat rendah, asimilasi (pelajar berinteraksi dengan persekitaran bagi menghasilkan pengembangan suatu struktur konsepsi tanpa melibatkan sebarang modifikasi terhadap struktur tersebut. Misalnya, jika pelajar berkali-kali menyukat air dengan silinder penyukat, akhimya peJajar tersebut dapat menyukat air dengan betul) ke akomodasi (penghasilan konsep dan operasi baru serta membabitkan perpisahan antara cara pemikiran dan konsepsi lama melalui pembinaan konsepsi baru atau modifikasi konsepsi yang sedia ada). Proses ini berlaku berulang kali dan di sepanjang proses itu pengetahuan baru yang lebih tinggi tahapnya akan terhasil. Teori ini memberikan beberapa sumbangan berguna kepada dunia pendidikan. Pertama, menyedarkan para pendidik bahawa perkembangan pelajar berlaku secara berperingkat. Kedua, pengalaman memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep.
Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup mungkin tidak dapat memahami sesuatu konsep. Ketiga, dalam pembelajaran, pelajar bukan sahaja cuba menyematkan konsep, operasi dan skema ke dalam fikirannya tetapi pada masa yang sama menyusunkannya secara dalaman mengikut cara yang tersendiri.
Walau bagaimanapun teori ini juga tidak terlepas daripada kritikan, tetapi tidak seperti teori-teori terdahulu, kritikan ini lebih mempersoalkan asas metodologi yang diambil oleh aliran kontruktivism. Menurut pandangan kontruktivis, seseorang itu membina pengetahuan tentang dunia ini secara sendirian. Justeru, terdapat sempadan yang memisahkan dunia (pengetahuan) yang dibina oleh seseorang individu dengan dunia lain di luar dirinya. Apa yang mengelirukan, proses pembinaan pengetahuan ini berlaku melalui interaksi individu dengan persekitarannya. Maka, soalnya bagaimana seseorang itu dapat berinteraksi dengan sesuatu yang terpisah daripada dirinya? Apakah tidak boleh dilenyapkan sahaja sempadan itu agar manusia bebas membina pengetahuan tentang dunia yang mereka diami ini? Mungkin lebih banyak manfaat yang boleh diperoleh jika manusia berusaha secara muafakat membina pengetahuan bersama-sama daripada bekerja sendirian.
Diakhir tahun 50an, muncul pula revolusi sains kognitif Komputer dimodelkan atau dihipotesiskan sebagai minda. Maka terbinalah satu bidang penyelidikan baru yang menggabungkan bidang psikologi, sains komputer, falsafah dan linguistik. Lachman, Lachman dan Butterfield 1979, m.s.99) menjelaskan bidang ini seperti berikut:
‘Computer take symbolic input, make decisions about the recoded input, make new expression from it, store some or all the input, and give back symbolic output. By analogy, that is most of what cognitive psychology is about. It is about how people take in information, how they recode and remember it, how they make decisions, how they transform their internal knowledge states, and how they translate these states into behavioral outputs ... As a consequence of coming to know computer science; cognitive psychologists now theorize about human capacities and behavior using concepts such as input, storage, buffer, executive processor and system architecture.’
Tentunya kita tidak dapat menafikan kekuatan komputer dalam menyimpan dan mengingat sejumlah besar maklumat jika dibandingkan manusia yang mudah lupa. Namun, mengandaikan minda manusia sebagai komputer menimbulkan banyak persoalan. Pertama, komputer mempunyai kuasa yang berbeza-beza. Adakah perbezaan ini dapat menjelaskan perbezaan di kalangan manusia? Sesetengah manusia amat berbakat di bidang lakonan, tetapi lemah di bidang sains. Sesetengah pelajar mudah jemu belajar di bilik darjah, sedangkan yang lain kuat berusaha.
Perbezaan keupayaan ini tidak dilihat mempunyai kaitan dengan perbezaan pada kuasa komputer. Apa tidaknya, bagi pelajar yang lemah, maka akan diberi strategi berbeza daripada pelajar yang cerdas. Implikasinya, guru dikehendaki menggunakan pelbagai strategi dalam menyelesaikan masalah pembelajaran muridnya sepertimana diperkatakan oleh Me Keachie 1980, m.s.89);
‘The effectiveness of student learning depends on some extent upon the strategy used by the student. Students often fail to choose the strategy that they can use most effectively and also fail to match their strategy to learning task. THIS SUGGESTS TWO TASKS FOR TEACHERS: (1) TEACHING STUDENTS TO IDENTIFY THEIR OWN MOST EFFECTIVE LEARNING STRATEGIES; AND (2) TEACHING STUDENTS HOW TO USE A LARGER REPERTOIRE OF METHODS OF LEARNING.’
Kesan daripada pendekatan seperti ini menjadikan PELAJAR MEMENTINGKAN ASPEK STRATEGI LULUS PEPERIKSAAN DARIPADA MEMAHAMI BAHAN PERNBELAJARAN. Kajian Ramsden 1987, m.s.280) di Universiti Melborne, Australia mendapati kemahiran belajar yang dipelajari daripada guru menjadikan pelajar beranggapan pembelajaran hanyalah satu usaha mendapatkan dan meluahkan semula maklumat. Salah seorang subjek beliau menyatakan:
‘I don't think you have to understand, you just have to be able to recite…used some of the techniques they suggested and they were excellent.’
Kedua, komputer tidak ada perasaan sedangkan manusia punya minat, keinginan, emosi dan lain-lain. Komputer tidak dapat menunjukkan sikap belas ehsan, prihatin dan memahami seperti yang dapat dilakukan olah manusia. Ini bermakna model pembelajaran berdasarkan komputer masih belum cukup sesuai dengan manusia.
Berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh Plato, sains kognitif juga tidak dapat memberi penjelasan yang meyakinkan. Sains kognitif mengandaikan kanak-kanak yang baru Iahir sama seperti komputer yang baru keluar dari kilang. Mereka tidak ada pengetahuan, namun dalam dirinya sudah dilengkapkan dengan peralatan yang dapat menyusun, menyimpan dan mentafsir mesej. Bagi komputer, apabila satu arahan yang betul diberikan ia akan mula beroperasi dan menunjukkan kekuatan kuasanya. Bagi kanak-kanak pula, setiap ransangan diterima melalui deria dan melalui sistem saraf ia akan ditafsirkan maksudnya. Apa yang unik, bagi kanak-kanak, data yang tidak diketahui maknanya disintesiskan (dalam fikiran) berdasarkan maklumat dari luar, sedangkan komputer tidak. Komputer tidak mampu berinteraksi dengan maklumat yang tidak ada dalam programnya. Jelaslah, bahawa teori ini masihmeletakkan pelajar sebagai objek yang pasif.
Selanjutnya, struktur pengetahuan dalam komputer amat padu dan rigid, sedangkan struktur kognitif dan pengetahuan manusia agak longgar dan fleksibel. Jika model komputer digunakan, manusia tidak dapat semahunya menyoal, mengusul, merumus dan sebagainya. Akhir sekali, komputer adalah mesin, satu entiti kears tanpa jiwa dan fikiran. Bagaimana mungkin untuk MEMANUSIAKAN MANUSIA jika manusia diibaratkan sebuah mesin?
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke-21 : Satu Perbincangan
Wan Zah Wan, UPM
The Story of a Jew Who Islamized Millions Of People
12 years ago
0 comments:
Post a Comment